Assalamualaikum
Jadi, kat sini saya nak share la makanan yg baik untuk jantung kita. Jaga la jantung anda kerana jantung anda cuma ada satu ja. haha. Ok, let's read! I found this on the website of hospital.
10 Makanan yg Baik Untuk Jantung
1) Makanan beroat.
Mulakan hari anda dengan semangkuk oat panas. Makanan ini kaya asid
lemak omega-3, folat dan kalium. Selain itu,ia kaya dengan serat
membantu menurunkan kadar kolesterol jahat dan mencegah pembentukan
plak di dinding arteri.
2) Salmon
Ikan yang kaya asid lemak omega-3 ini efektif menurunkan tekanan darah
dan mencegah pembekuan darah. Makanlah dua keping salmon seminggu. Ia
mengurangkan risiko meninggal akibat serangan jantung hingga 33
peratus.“Salmon mengandungi karotenoid astaxanthin, yang merupakan
sebuah antioksida kuat,” menurut Stephen T. Sinatra, MD, penulis Lower
Your Blood Pressure In Eight Weeks, health.com.
3) Avocado
Menambah lemak sihat ke dalam diet anda. Makanan yang kaya lemak tunggal
tidak tepu ini mampu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan
meningkatkan kadar kolesterol baik HDL dalam tubuh.
4) Minyak Zaitun
Minyak zaitun kaya akan lemak tunggal tidak tepu. Ia adalah pengganti baik bagi mentega.
5) Kekacang
Kacang-kacang seperti walnut dan almond. Ia juga sangat baik untuk jantung.
6) Berries
Blueberries, raspberries, strawberi dan jenis beri lainnya kaya anti
radangan.Berfungsi mengurangi risiko penyakit jantung dan kanser.
7) Bayam
Bayam kaya akan berbagai komponen sihat seperti lutein, folat, kalium dan serat.
8) Biji rami
Biji rami kaya dengan serat dan omega-6.Pengambilan biji rami dicampurkan dengan oatmeal.
9) Kacang soya
Kacang soya membantu menurunkan kadar kolesterol kerana rendah lemak.
Semoga dengan tip-tip ringkas ini dapat memberi panduan berguna menjaga kesihatan diri kita.
Klik link ni yea. Saya dapat dari sini :)








No comments:
Post a Comment