Friday, 24 May 2013

Miliki Mata Cantik Dengan 4 Cara


Assalamualaikum

Ok! Hari ni saya ada baca majalah RAPI. Korang penah baca x majalah ni? Kalau tak pernah, korag boleh beli skg. hehe. Eh, ni sangat penting untuk kita taw as students. Majalah ni majalah khas untuk kecantikan dan kesihatan. Banyak input yang saya dapat melalui majalah ni.

 Inilah dia majalah rapi.

Orite, berdasarkan tajuk di atas, sape je yg xnak mata die cantik kan. Saya ni da berhari2 asyik tidur lambat je. Sebab nak siapkan eseimen la. huhu.. kesian kan saya. Jadinye, mata saya ni da jadi mcm panda. haha. ok, itu tipu ea. Hee~ Tapi, serius, bawah mata saya ad eyebag n lingkaran hitam taw. huhu. 



So, dgn adanya majalah ni, ianya membantu saya utk memiliki mata yg cantik dan segar. Ewah! haha.

Untuk membantu mendapatkan mata yg cantik, segar dan berseri, ini adalah panduan yg paling mudah. Siapa kata cantik perlukan belanja mahal? Barang di dapur pun boleh membantu. Ayuh, kita teliti satu persatu.

1) Ketulan Ais 


Korang perlu membungkus ketulan ais di dalam kain. Kemudian, tekapkan pd bahagian mata, terutama di bawah mata. Jika korang tak suka ia terlalu berair, gunakan sudu. Letakkan sudu dalam peti beku semalaman. Kemudian, tekapkan ia pada mata. Kedua-dua cara ni dipercayai berkesan utk menyegarkan mata letih.

2) Minum Air Putih

Dalam kesihatan dan kecantikan, air adalah sumber paling bagus. Korang dinasihat supaya minum air dalam kadar yang cukup. Walaupun ia tidak menghilangkan mata sembap dalam satu malam, sekurang-kurangnye ia membantu proses pemulihan dlm tubuh badan kita.

3) Uncang Teh


Mesti korang terkejut kan. Rupa2nya uncang teh ni ada faedah taw. Cara ni cara paling klasik. Jgn main2. haha. Saya percaya ramai yg tak tahu kan. Ok, usah malas kalau nak mata cantik. Kalau tak mahu minum, rendam uncang tu seketika dan angkat. Biarkan selama 10 minit. Kemudian, tekapkan uncang itu ke mata. Kandungan kafein yg ada di dalmnya dipercayai berkesan mengurangkan kesan sembap mata.

4) Timun


Yang ni juga adalah salah satu kaedah yg terbaik. Kandungan astringent yg ada pd timun bagus utk mengurangkan kesan sembap mata. Terlebih dahulu, potong timun menjadi hirisan nipis dan simpan seketika di dalam peti sejuk. Kemudian, ambil dan letakkan kepingan itu pd mata. Biarkan selama mana yg korang suka :)


::Selamat Beramal::
:)

No comments:

Post a Comment