Assalamualaikum
Korang ingat x post saya yg sebelum ni mengenai makanan untuk kesihatan jantung? Sangat menarik, bukan?
Now, Saya nk kongsi lak mengenai minuman-minuman yg baik untuk kesihatan jantung korang :)
1) Kopi
Mungkin kedenganran agak aneh, Tpi tahu tak korang, kopi memiliki aktiviti antioksidan lebih tinggi berbanding koko @ teh?
Mengambil kopi dlm jumlah yg tepat dpt mghambat peradangan dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
Sebuah studi jangka panjang dan berskala besar yg melibatkan lebih dari 83 000 wanita menunjukkan minum 2 cawan kopi setiap hari dpt mengurangkan risiko terkena strok 20% lebih rendah berbanding mereka minum sedikit atau tidak sama sekali.
Saranan: Minum antara 2-4 cawan per hari termasuk kategori sederhana. Tetapi jika mgalami insomnia, gelisah dan kelelahan, cukup minum segelas sahaja.
2) Jus Delima
Ini adalah Jus delima.
Kebelakangan ni reputasi jus buah delima semakin melonjak dn memikat para peneliti pemakanan.
Betapa tidak, para pakar dr Universiti California menemukan, kapasiti antioksidan jus delima 3x ganda lebih tinggi berbanding teh hijau. Bahkan peneliti awal menunjukkan, konsumsi rutin jus buah delima dpt menurunkan kolesterol, mengurangkan plak arteri (faktor risiko utk penyakit jantung) dan meningkatkan aliran darah ke jantung.
Saranan: Jika mampu, hindarkan menambahkan pemanis saat membuat jus delima.
3) Teh hitam
Teh hitam dihasilkan melalui proses fermentasi setelah daun dijemur lalu dikeringkan. Pengolahan ini mengubah komposisi kimia dari daun, sehingga mghasilkan beberapa antioksidan kuat yg membantu menyokong kesihatan jantung.
Teh hitam telah terbukti mengurangi risiko strok, mgurangi LDL (kolesterol jahat), memperbaiki fungsi pembuluh darah dn meningkatkan aliran darah dlm arteri koroner.
Saranan: Semakin lama korang mencelup teh, semakin besar manfaat fitokimia yg diperoleh. Oleh kerana itu, menyajikan teh dgn air panas akn jauh lebih baik sekaligus memastikan kandungan antioksudan terpelihara. Minum beberapa cangkir teh hitam setiap hari dpt membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
4) Teh Hijau
Seperti teh hitam, teh hijau mengandungi banyak antioksidan yg baik untuk jantung.
Perbezaan utama adalah teh hijau tidak difermentasi. Sebuah studi tahun 2004 menunjukkan minum teh hijau dalam jumlah yg banyak dpt mencegah risiko penyakit arteri koronori. Ada banyak penelitian yg mghubungkan konsumsi teh hijau dgn tahap kolesterol yg rendah, pencegahan pembekuan darah dn strok.
Selamat menghidangkan kelazatan minuman hanya untuk kesihatan ^_^
Artikel ni juga sambil dari majalah iSihat :)


No comments:
Post a Comment